GPT-5 kini lebih mesra dan tidak terlalu ‘skema’

OPENAI mengumumkan kemas kini model kecerdasan buatan terbaharu mereka, GPT-5, menjadikan ia lebih mesra pengguna berbanding sebelum ini.
Ringkasan AI

  • GPT-5 kini lebih mesra pengguna selepas menerima maklum balas bahawa ia terlalu formal sebelum ini.
  • Kemas kini termasuk sokongan personaliti yang membolehkan pengguna memilih gaya interaksi yang berbeza.
  • GPT-4o kini dikategorikan sebagai model legasi dan dijangka akan dikeluarkan sepenuhnya tidak lama lagi.

Kemas kini ini dilaksanakan selari dengan pelbagai maklum balas pengguna mengatakan GPT-5 dilihat terlalu formal atau ‘skema’ sebelum ini.

Melalui kemas kini baharu ini, interaksi awal dijangka lebih mesra, dan tidak dibuat-buat atau terlalu formal.

Sebelum ini, GPT-5 telah diperkenalkan melalui ChatGPT, mengatakan ia menawarkan bakat pada tahap “PhD”, terutamanya dalam pengaturcaraan, penulisan, sains dan matematik.
Di samping itu, pihak ChatGPT turut menambah sokongan personaliti pada GPT-5, membolehkan pengguna untuk memilih personaliti berbeza dalam berinteraksi dengan mereka.
Pada masa yang sama, ChatGPT juga kini menyediakan akses kepada GPT-4o di bawah label model legasi, dan dijangka membuangnya sepenuhnya tidak lama lagi. –Amanz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *