Sambutan Maulidur Rasul SMKSJ – Perarakan, Ceramah dan Jamuan Maulid – 21 Okt. 2022

Sambutan telah dimulakan dengan perarakan mengelilingi kawasan luar Hospital Jempol dengan melalui Kompleks Rakan Muda Jempol dan Pejabat Pendidkan Daerah Jempol Jelebu (dianggarkan sejauh1.5 km). Selepas perarakan warga SMKSJ telah dihidangkan dengan ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Nur Hairin b. Khamis, Imam Besar, Masjid Tuanku Muhriz. Sekali sekala penceramah yang bersuara amat merdu ini mendendangkan beberapa rangkap qasidah dan meminta semua warga SMKSJ mengikutinya. Warga SMKSJ juga didendangkan dengan alunan qasidah oleh Kumpulan Sautul Jihad. Di akhir majlis, semua warga SMKSJ menikmati jamuan makan nasi lauk ayam kari. Semua ayam tersebut telah disembelih oleh murid-murid dalam kursus sembelihan yang diadakan pada 20 Okt. 2022 (Khamis). Terima kasih semua wrga SMKSJ dan komuniti yang sama-sama menjayakan sambutan Maulidur Rasul pada kali ini.

SILA KLIK DI SINI UNTUK GAMBAR LAGI 1
SILA KLIK DI SINI UNTUK GAMBAR LAGI 2

SKPMg2 – Std. 2.5.2, 3.1.2, 3.2.5 & KBAT – Kurikulum, Kokurikulum, Komuniti & Swasta
TS25 – Kualiti guru dan murid & Persekitaran pembelajaran yang positif
Sekolahku Sejahtera : Seronok, Harmoni, Jati diri, Terampil,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *