Tinta Pengetua

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat sejahtera,

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita masih lagi diberi peluang dan kesempatan untuk memikul amanah sebagai pendidik, bekerja menabur bakti serta menyumbang tenaga dan idea untuk meneruskan kecemerlangan pendidikan di SMK Seri Jempol

     Perancangan merupakan intipati dalam pengurusan organisasi. Perancangan yang bersistematik dan strategik menjadi petunjuk arah utama kepada kejayaan dan kecemerlangan dalam kemenjadian anak-anak murid dari aspek kurikulum, sahsiah dan kokurikulum . Justeru itulah SMK Seri Jempol menghasilkan Portal sekolah.

    Portal ini merupakan satu paparan maklumat yang meliputi segala aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah yang menjadi panduan kepada guru, staf sekolah serta masyarakat umum dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sehari-harian.

     Keseluruhan Portal ini mencakupi Maklumat Umum , Pengenalan sekolah, Agihan Tugas, Pengurusan Panitia, Pengurusan Pembelajaran dan Pengajaran, pengurusan peperiksaan dan penilaian, pengurusan Sumber, Pengurusan Hem, Pengurusan Kokurikulum, Pengurusan Kebersihan dan Keceriaan dan Kajian Tindakan. Jelas fokus utama perancangan Sekolah adalah kurikulum tanpa  mengabaikan aspek lain selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

  Portal ini akan menjadi bahan rujukan kepada semua warga sekolah dan masyarakat setempat. Dengan ini perancangan sekolah akan dapat dilaksanakan dengan cekap, mantap dan berkualiti, sesuai dengan moto sekolah “Together We Achieve Excellence Akhirnya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada unit ICT sekolah yang terlibat dalam penyediaan dan penghasilan Portal ini.

“Together We Achieve Excellence”

Sekian.Terima Kasih.

Pengetua SMK Seri Jempol